Mengapa REBUNG
Kadar kemiskinan bandar adalah lebih tinggi di negeri maju seperti Selangor. Didapati 50% daripada golongan miskin bandar di Malaysia mempunyai penyakit kronik, tetapi hanya 10% yang pergi mendapatkan rawatan. Kumpulan bandar B40 (uB40) mengalami jurang kesihatan yang ketara. Kadar kelangsungan hidup kanser payudara adalah lebih rendah di hospital awam (72%) berbanding hospital swasta (87%) kerana peringkat kanser yang lebih lanjut. Meskipun banyak skim kesihatan kerajaan yang mensasarkan golongan miskin bandar, laluan diagnostik yang rumit dan bercelaru boleh menghalang pengesanan awal.